Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lima keutamaan Synapxe, agensi teknologi kesihatan S’pura yang dijenama semula

Ye Kung: Sejajar penjagaan pencegahan, penyampaian penjagaan di persekitaran bukan hospital, dalam masyarakat dan rumah
Jul 27, 2023 | 04:12 PM



Agensi teknologi kesihatan nasional Singapura – Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu (IHIS) – telah dijenamakan semula sebagai Synapxe, sedang tugas kerjanya berkembang dari segi skala dan skop selepas 15 tahun menyokong institusi penjagaan kesihatan awam dan rakan kongsi lain.

Pada pelancaran nama baru agensi itu di Singapore Expo pada Khamis, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menyenaraikan lima keutamaan strategiknya.

Ini sejajar dengan peralihan dalam sistem penjagaan kesihatan Singapura ke arah penjagaan pencegahan dan penyampaian penjagaan di persekitaran bukan hospital, dalam masyarakat dan rumah.

Keutamaan pertama buat Synapxe ialah meneruskan kerjanya berkaitan pusat repositori (penyimpanan dan penyenggaraan data) digital bagi rekod perubatan pesakit.

Ini adalah objektif teras sistem Rekod Kesihatan Elektronik Kebangsaan (NEHR) – yang ditubuhkan oleh agensi itu – yang menyokong visi “Satu Pesakit, Satu Rekod Kesihatan”.

NEHR kini digunakan lebih 21,000 profesional dan pentadbir penjagaan kesihatan setiap bulan, kata Encik Ong.

Bagi orang ramai, aplikasi Healthhub adalah tempat bagi mereka mengakses rekod perubatan mereka sendiri dengan selamat dan banyak lagi. NEHR dibentuk pada 2011.

“Kami masih mempunyai beberapa cara untuk menyepadukan sepenuhnya data pesakit. Ini akan diselesaikan apabila dan jika kita menggubal Akta Maklumat Kesihatan tahun depan,” kata Encik Ong.

Keutamaan kedua agensi itu ialah mewujudkan sistem untuk perundingan perubatan jarak jauh, yang menurut Encik Ong akan menjadi “keupayaan penting” kerana penekanan yang lebih diberikan kepada penjagaan asas dan utama.

Beliau berkata terdapat potensi untuk meluaskan penggunaan telekesihatan, tetapi ini memerlukan lebih banyak kerja pada fungsi sokongan.

Satu sistem pembekalan ubat nasional juga perlu disediakan. Encik Ong berkata Synapxe sedang bekerjasama dengan agensi rantaian bekalan penjagaan kesihatan nasional untuk membangunkan Farmasi Pengisian Pusat Nasional (NCFP).

Seterusnya ialah keperluan bagi sistem bil nasional, kerana kini terdapat sistem bil berbeza merentasi kluster, hospital, institusi penjagaan kesihatan awam dan swasta.

Encik Ong berkata matlamatnya ialah mewujudkan sistem bil bersatu buat sekurang-kurangnya sektor awam.

Keselamatan siber dan data yang kukuh adalah satu lagi bidang tumpuan Synapxe.

Terdapat peningkatan tiga kali ganda dalam langkah dan keupayaan keselamatan siber sepanjang lima tahun lalu, namun rasa mudah puas hati tidak boleh berlaku kerana ini adalah bidang yang sentiasa berkembang, kata Encik Ong.

Beliau juga menyentuh tentang pelbagai kemungkinan masa depan, sambil berkata beliau percaya penjagaan kesihatan termaktub dalam revolusi teknologi.

Teknik diagnostik baru, digandingkan dengan peralatan boleh pakai, boleh memulakan era baru penjagaan pencegahan dan peribadi sementara AI Generatif membuka dunia yang penuh dengan pelbagai kemungkinan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >