Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lima MB dilantik, MB Selangor dijangka dilantik dalam masa terdekat

Aug 17, 2023 | 05:30 AM



Lima Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu telah selesai mengangkat sumpah jawatan dan memulakan tugas mentadbir negeri.

Semua pemimpin terbabit direstui pemimpin parti dan menerima perkenan istana di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk terus memimpin kerajaan negeri buat penggal ke-15 ini.

Datuk Seri Aminuddin Harun kekal sebagai Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan; Encik Chow Kon Yeow (Ketua Menteri Pulau Pinang); Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (MB Terengganu) dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (MB Kedah).

Kelantan menyaksikan pelantikan gandingan pimpinan baru iaitu Datuk Nassuruddin Daud sebagai MB dan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan sebagai Timbalan MB.

Hanya Selangor setakat ini belum melaksanakan upacara pelantikan Menteri Besar menyebabkan timbul spekulasi sama ada Datuk Seri Amirudin Shari daripada Pakatan Harapan (PH) masih calon bagi jawatan itu sebagaimana ditawarkan kumpulan politik berkenaan sebelum PRN lalu.

Ini berikutan Parti Tindakan Demokratik (DAP), antara parti komponen dalam PH, mendominasi kejayaan dalam PRN lalu selepas memenangi semua 15 kerusi ditandingi, berbanding rakan sekumpulannya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hanya menang 12 daripada 20 kerusi DUN ditandingi.

Ekoran itu spekulasi bertiup kencang mendakwa DAP mahu menamakan calon Menteri Besar daripada parti itu, yang menyebabkan kelewatan proses pelantikan jawatan nombor satu negeri daripada gabungan itu.

Namun, sumber gabungan politik itu menafikan cakap-cakap berkenaan kepada Berita Harian (BH) sebaliknya menegaskan perbincangan dalam keadaan baik dan calon utama jawatan Menteri Besar masih individu sama iaitu Datuk Amirudin.


“Cuma kita menanti tarikh daripada pihak Istana. Apapun semuanya tergantung kepada keputusan Istana,” katanya ringkas kepada BH.

Dalam pada itu Istana Negara dalam kenyataan di Facebook rasminya melaporkan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah, menziarahi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di London, Britain pada Sabtu lalu.

Menurut kenyataan itu, Sultan Selangor berada di London sejak 28 Julai lalu, untuk menjalani prosedur rawatan serta satu pembedahan.

Datuk Amirudin menerusi perkongsian di laman Facebook dilihat menyambut ketibaan pulang Sultan Selangor ke tanah air pada Selasa.

Memetik laporan The Star, istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor awalnya dijadual pada Sabtu ini, namun berkemungkinan ditunda kepada Isnin.


Difahamkan dua lagi nama yang diserahkan seperti dikehendaki istana ialah Encik Borhan Aman Shah (DUN Tanjung Sepat) dan Encik Fahmi Ngah (DUN Seri Setia).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >