Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Lima negara Asia buang paling banyak sisa plastik di dunia

Jun 25, 2018 | 05:30 AM



JAKARTA: Kira-kira lapan juta tan sisa plastik dibuang ke lautan di dunia setiap tahun - sama dengan perbuatan membuang sisa plastik sebanyak satu lori sampah ke dalam laut setiap minit setiap hari.



Lebih separuh sisa plastik itu datang dari lima negara Asia: China, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.



Demikian menurut laporan 2015 Ocean Conservancy, badan penyokong sekitaran tidak mencari untung berpangkalan di Washington.



Lima negara itu antara ekonomi paling pesat berkembang di Asia, di mana kebanyakan plastik dunia dihasilkan, digunakan dan dibuang - sebahagian besarnya secara tidak betul di negara-negara di mana pengurusan sisa tidak sempurna.



"Kita berada dalam krisis pencemaran plastik, kita dapat melihatnya di mana-mana di sungai kita, di lautan kita... kita perlu melakukan sesuatu mengenainya," kata aktivis Greenpeace Indonesia Ahmad Ashov Birry kepada AFP.



Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun menonjolkan bahaya plastik dengan slogan 'jika anda tidak boleh mengitarnya, jangan menerimanya'.



Tetapi ini bukan sekadar isu estetik. Plastik membunuh kehidupan laut.



Bulan lalu, seekor ikan paus mati di selatan Thailand dengan 80 beg plastik dijumpai dalam perutnya. Ia pemandangan yang semakin biasa di samping pemandangan burung laut dan penyu terdampar di pantai, mati dek makan terlalu banyak plastik.



ANCAMAN TIDAK KELIHATAN



Para pakar memberi amaran bahawa ancaman paling besar daripada pencemaran plastik mungkin tidak dapat dilihat.



Ia datang dalam bentuk plastikmikro - serpihan tajam yang mudah menyerap toksin selepas pecah dari kepingan plastik yang lebih besar. Plastikmikro semakin banyak ditemui dalam air paip, air bawah tanah dan dalam perut ikan yang berjuta-juta orang makan di seluruh Asia setiap hari.



LEBIH BANYAK PLASTIK DARIPADA IKAN MENJELANG 2050



Pengumpulan sampah yang rendah di banyak negara Asia merupakan salah satu sebab utama begitu banyak sisa plastik akhirnya ditemui di laut, menurut Joi Danielson, pengarah program Ocean Plastics Asia di firma SYSTEMIQ.



Rata-rata hanya kira-kira 40 peratus sampah dikumpul dengan betul di lima negara yang menggunakan paling banyak plastik itu dan memuntahkan sebahagian besar sampah marin.



Dan hanya sedikit sumber dikhususkan negara-negara itu bagi pengurusan sisa yang betul, terutama di bandar-bandar besar mereka yang sedang berkembang.



Selain itu, penggunaan dan sisa plastik terus melonjak sejajar dengan pendapatan yang kian tinggi dan pergantungan yang semakin meningkat pada produk plastik, yang penting bagi hampir setiap aspek kehidupan harian.



Pada kadar pembuangan semasa, jumlah sampah plastik di lautan dunia dijangka bertambah dua kali ganda kepada 250 juta tan pada 2025, menurut Ocean Conservancy.



Ini bermakna menjelang 2050, jumlah plastik di laut lebih banyak daripada jumlah ikan jika sesuatu tidak dilakukan bagi mengubah keadaan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >