Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lima terbunuh dalam banjir di Jakarta

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Lima orang terbunuh dalam banjir teruk yang menenggelamkan beberapa kawasan kejiranan di ibu kota Jakarta, kata pihak berkuasa, sedang penduduk kembali untuk membersihkan rumah dan menyelamatkan barangan mereka.



Bandar itu dilanda hujan lebat pada hujung minggu lalu, membanjiri puluhan jalan raya utama dan memaksa ratusan orang untuk mendapatkan bantuan di tempat perlindungan kecemasan.



Namun, sejak pagi semalam, banjir di semua kawasan ibu kota itu telah surut. Tetapi beberapa kawasan perlindungan kekal dibuka, kata Gabenor Jakarta Anies Baswedan.



"Kemudahan seperti khemah dan makanan masih disediakan," kata Encik Anies, yang menjelaskan bahawa khemah itu boleh digunakan sebagai perlindungan bagi penduduk yang masih membuat kerja pembersihan.



Pentadbiran bandar itu kekal berwaspada sedang ramalan cuaca oleh badan meteorologi dan iklim Indonesia menunjukkan terdapat kemungkinan hujan turun lebat di Pulau Jawa, khususnya di pantai utara.



"Dalam minggu-minggu akan datang, kami akan memperbaiki kerja kami agar hujan di kawasan Jabodetabek, khususnya Jakarta, boleh menjadi hujan rahmat, dan kami akan berusaha mengurangkan kesan daripada hujan yang amat lebat," kata Encik Anies.



Dilaporkan kelmarin bahawa seorang lelaki berusia 67 tahun ditemui mati setelah terperangkap di rumahnya yang banjir di kawasan selatan bandar itu Sabtu lalu, kata ketua agensi bencana Jakarta Sabdo Kurnianto kepada AFP.



Katanya lagi, seramai tiga budak lelaki meninggal dunia setelah dibawa arus air bah, dan seorang kanak-kanak perempuan lemas.



Agensi cuaca Indonesia pula memberi amaran bahawa kawasan Jakarta yang lebih luas, didiami sekitar 30 juta orang dan kerap dilanda banjir semasa musim hujan, boleh menjangkakan hujan yang lebih lebat minggu akan datang ini.



"Air Sungai melimpah dan membawa banyak lumpur... saya mengalami kerugian wang yang besar," kata Encik Ali Fatullah, seorang penjual buah di bandar Bekasi di pinggir Jakarta.



Beliau berkata perabot dan peralatan elektronik telah rosak disebabkan banjir itu.



Encik Kurnianto pula berkata sekitar 1,700 orang kekal di tempat perlindungan, meskipun ramai yang sudah mula kembali ke rumah mereka.



Banjir telah menjejas sekitar 200 kawasan kejiranan di rantau itu, dan sebanyak 40 masih di bawah air sedalam sekurang-kurangnya 30 sentimeter hingga Ahad lalu.



Jakarta telah mengalami antara banjir yang paling teruk pada Januari tahun lalu apabila hujan lebat turut mengakibatkan tanah runtuh. -- Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >