Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liz Truss dipilih PM baru Britain

Sep 5, 2022 | 8:17 PM
Liz Truss
Liz Truss - Reuters

LONDON: Cik Liz Truss telah dinamakan sebagai perdana menteri Britain seterusnya, setelah memenangi saingan bagi kepimpinan PartiKkonservatif. Selepas saingan selama beberapa minggu yang disifatkan pengamat sebagai memecah belah dan diselubungi suasana tegang, Cik Truss muncul sebagai calon pilihan anggota partinya, menewaskan mantan menteri kewangan, Encik Rishi Sunak. Pengumuman itu membuka tirai peralihan kepimpinan daripada Encik Boris Johnson yang terpaksa mengundur diri Julai lalu setelah dibelenggu pelbagai kontroversi selama berbulan-bulan yang mengakibatkan sokongan bagi pentadbirannya terhakis. Encik Johnson dijadual mengadakan pertemuan dengan Permaisuri Elizabeth di Scotland pada Selasa (6 Ogos) untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya secara rasmi. Cik Truss akan menemani beliau dan pada masa yang sama, meminta keizinan mahu membentuk kerajaan baru. Beliau bakal menjadi perdana menteri keempat Parti Konservatif sejak pilihan raya 2015. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg