Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Liz Truss ketua Parti Konservatif, sandang jawatan PM UK baru

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Menteri Luar Britain, Cik Liz Truss, dilantik sebagai ketua Parti Konservatif sekali gus menyandang jawatan Perdana Menteri Britain yang baharu menggantikan Encik Boris Johnson, 58 tahun.



Pelantikan itu diumumkan pada 12:30 tengah hari waktu tempatan (7.30 malam waktu Singapura) semalam.



Pemimpin wanita berusia 47 tahun itu adalah perdana menteri ke-15 yang diberi kepercayaan oleh Ratu Elizabeth untuk mentadbir Britain - sejak pemasyhuran beliau sebagai Ratu Britain pada 1953 semasa pemerintahan perdana menteri Sir Winston Churchill.



Pelantikan Cik Truss dibuat ketika negara Eropah itu berdepan krisis kos sara hidup, pergolakan industri dan inflasi dua angka.



Cik Truss sebelum ini menyatakan, beliau akan menangani kebimbangan ekonomi, mengulangi ikrarnya untuk menggalakkan pertumbuhan dengan merangka tindakan segera untuk menangani kenaikan bil elektrik dan meningkatkan bekalan tenaga jika dilantik sebagai perdana menteri, sebagaimana yang diramalkan minggu ini.



Menerusi tulisannya dalam akhbar Sunday Telegraph pada malam sebelum pengumuman mengenai pemimpin yang akan menggantikan Encik Johnson, Cik Truss mengulangi iltizamnya mahu menangani ekonomi Britain secara lebih berani, terutama dalam keadaan negara itu yang sedang bergelut dengan inflasi dua angka dan berdepan kemelesetan.



Beliau menyifatkan amat memahami "betapa mencabarnya krisis kos sara hidup untuk semua orang" dan akan mengambil "tindakan tegas untuk memastikan keluarga dan pengusaha perniagaan dapat melalui musim sejuk ini dan seterusnya".



"Jika dipilih, pada minggu pertama pentadbiran baharu saya merancang merangka tindakan segera ke atas bil elektrik dan bekalan tenaga.



"Acara fiskal akan menyusul lewat bulan ini daripada Canselor saya, dengan pakej tindakan yang lebih luas ke atas ekonomi," katanya dalam tulisan berkenaan.



Cik Truss menjadi perdana menteri wanita ketiga di Britain selepas Cik Theresa May dan Cik Margaret Thatcher.



Beliau sebelum ini dilihat sering mengatasi pesaingnya, Encik Rishi Sunak, 42 tahun, dalam undian melibatkan 200,000 ahli parti Konservatif (nama tidak rasmi, Parti Tory) yang layak mengundi.



Persaingan bagi jawatan nombor satu bermula pada Julai lalu selepas Encik Johnson mengumumkan perletakan jawatan menyusuli beberapa siri skandal dan peletakan jawatan menteri kabinet.



Undian secara dalam talian dan secara pos tamat pada Jumaat lalu, selepas lapan minggu berkempen - yang disifatkan Cik Truss kepada saluran berita BBC sebagai "tempoh temuduga terpanjang dalam sejarah".



Britain dijangka mengalami kemelesetan ekonomi lewat tahun ini.



Cik Truss berkata kelmarin, "beliau akan "dalam masa sebulan membentangkan perancangan penuh tentang bagaimana kita boleh mengurangkan cukai" dan "menggerakkan ekonomi Britain". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >