Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lombok dilanda gempa bumi lagi

Aug 21, 2018 | 05:30 AM



MATARAM (Lombok): Beberapa gempa bumi baru - termasuk sekuat 6.9 magnitud dan gempa-gempa kecil lain - telah melanda Lombok, Indonesia, sekali lagi membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan menimbulkan gelombang panik baru.



Satu siri gempa direkodkan oleh ahli seismologi sepanjang hari kelmarin, yang pertama berukuran 6.3 magnitud sebelum tengah hari dan mencetuskan tanah runtuh serta membuat orang ramai melarikan diri mencari perlindungan.



Ia diikuti hampir 12 jam kemudian oleh gempa berukuran 6.9 magnitud dan sekurang-kurangnya lima gempa susulan kuat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).



Pulau itu baru sahaja dilanda dua gempa dahsyat pada 29 Julai dan 5 Ogos lalu membunuh hampir 500 orang dan membuat ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal.



Jurucakap agensi bencana tempatan Agung Pramuja berkata, 10 orang terbunuh oleh gempa lewat malam Ahad, dengan empat kematian di Lombok timur dan enam di pulau Sumbawa berdekatan.



Pegawai mengalihkan beberapa pesakit dari sebuah hospital di pulau Sumbawa kerana bimbang akan kemusnahan lebih teruk.



Bekalan kuasa terputus di sebahagian besar Lombok, menurut jurucakap agensi penangkapan bencana nasional, Dr Sutopo Purwo Nugroho, yang memaparkan gambar jalan retak dan rakaman video kebakaran besar di sebuah kampung di Sumbawa.



Seorang penduduk Lombok berkata gegaran kuat itu mengejutkannya daripada tidur.



"Gempa itu sangat kuat, semuanya bergegas," kata Encik Agus Salim.



"Kami semua sedang tidur di khemah evakuasi. Saya baru saja tidur apabila tiba-tiba semuanya mula goncang... Semua orang berlari ke jalan sambil menjerit dan menangis."



Penginap hotel Lina Senggigi, yang kawasan pelancongan popular, dibantu keluar apabila gempa melanda.



"Gegaran sangat kuat dan agak lama... Malam ini kami akan meminta tetamu tidur di tempat letak kereta. Lebih selamat," kata seorang kakitangan kepada Kompas TV.



Orang-orang yang dalam kebimbangan di Lombok Timur lebih suka tinggal di khemah-khemah sementara daripada pulang ke rumah.



"Bekalan kuasa masih terputus pagi ini. Mujur tiada siapa tercedera di sini tetapi orang masih terkejut," kata penduduk Lombok Timur, Ujip Udin.



Gempa pagi itu menyebabkan panik tetapi tiada laporan tentang kerosakan meluas.



Seorang mangsa meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung dan ada laporan tentang kerosakan, kata Dr Sutopo.



Tanah runtuh dilaporkan di taman negara di Gunung Rinjani, tempat beratus-ratus pendaki terperangkap sekejap selepas gempa pada akhir bulan lalu.



Taman tersebut ditutup sejak itu.



Jurucakap agensi pengurusan bencana setempat, Encik Agung Pramuja, berkata beberapa rumah dan struktur lain di daerah Sembalun, di lereng Gunung Rinjani, runtuh kelmarin selepas mengalami kerosakan akibat dua gempa sebelumnya.



Encik Pramuja berkata jumlah bangunan yang rosak masih diperiksa.



Gegaran kelmarin juga dirasai di pulau peranginan jiran Bali tetapi tiada laporan kerosakan.



Gempa terbaru datang dua minggu selepas gempa 6.7 magnitud melanda pada 5 Ogos, merosakkan puluhan ribu rumah, masjid dan perniagaan di seluruh Lombok.



Sekurang-kurangnya 481 orang mati dan beribu-ribu cedera.



Seminggu sebelum gempa itu, satu lagi gempa menggegarkan ke pulau itu dan membunuh 17.



Gempa 5 Ogos menyebabkan lebih 350,000 orang terusir, dengan ramai tidur di bawah khemah atau kain tarpal berhampiran rumah mereka yang hancur atau di tempat perlindungan.



Jalan juga rosak teruk, terutama di kawasan bergunung di utara pulau itu hingga menyukarkan agensi bantuan mengagihkan bantuan.



Jumlah kerugian ekonomi daripada gempa itu dianggarkan sekurang-kurangnya lima trilion rupiah ($477 juta). - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >