Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lonjakan kes jangkitan pernafasan di China cetus langkah berjaga-jaga

Dec 04, 2023 | 06:00 AM



BEIJING: Baru-baru ini pihak berkuasa kesihatan China menyatakan pelbagai patogen menyebabkan kenaikan mendadak dalam jumlah kes jangkitan pernafasan akut dalam kalangan kanak-kanak.

Jurucakap Pesuruhjaya Kesihatan Kebangsaan China, Encik Mi Feng berkata kenaikan dalam jumlah kes itu didorong oleh virus radang paru-paru serta rinovirus, adenovirus dan virus sinsitium pernafasan (RSV) serta Covid-19.


Kumpulan umur yang berbeza terjejas oleh patogen yang berlainan, kata seorang pegawai dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China.

Encik Wang Huaqing, ketua pakar perancangan imunisasi CDC, berkata jangkitan radang paru-paru mikoplasma kebanyakannya dilihat dalam kalangan kumpulan umur lima hingga 14 tahun, manakala selebihnya kebanyakannya jatuh sakit disebabkan pelbagai jenis virus.

Skop wabak

Peningkatan penyakit pernafasan di China pertama kali dilaporkan oleh CDC China pada 13 November, mengikut data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kes yang terutamanya menjejas kanak-kanak itu menunjukkan gejala seperti demam, keletihan dan batuk.

Namun tiada kematian yang dilaporkan sejauh ini.

Pada minggu yang bermula 13 November, China melaporkan 205 kluster influenza, meningkat daripada 127 kelompok pada minggu sebelumnya.

Lonjakan kes itu terutama dirasai di hospital kanak-kanak di bandar besar seperti Beijing, Tianjin dan Liaoning, yang menyaksikan barisan panjang dan masa menunggu yang lama di hospital.

WHO memantau dengan teliti keadaan dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa negara di China. WHO akan terus menyediakan kemas kini.

Organisasi itu mengesyorkan bahawa warga di China perlu mengikuti langkah bagi mengurangkan risiko penyakit pernafasan.

Ia termasuk vaksin yang disyorkan terhadap selesema, Covid-19 dan patogen pernafasan lain; menjaga jarak dari orang yang sakit; tinggal di rumah apabila sakit; mendapatkan ujian dan rawatan perubatan seperti yang diperlukan dan memakai pelitup muka mengikut kesesuaian.

“WHO tidak mengesyorkan sebarang langkah khusus bagi pelancong ke China,” katanya.

Beliau turut mengingatkan tentang Disember ini masuk tahun keempat sejak pandemik Covid-19 di Wuhan, China, pertama kali dilaporkan.

Di samping itu, faktor lain yang turut disebut adalah dengan ketibaan musim sejuk, ia membawa kepada penurunan imuniti dalam kalangan penduduk, terutamanya kanak-kanak, yang sebelumnya terlindung daripada pendedahan patogen tersebut.

Pendapat pakar

Menurut analisis yang dipetik agensi berita AFP, pengakhiran sekatan Covid-19 dan kekurangan kekebalan pada kanak-kanak di China kemungkinan menjadi faktor penting di sebalik wabak tersebut.


Profesor Francois Balloux dari University College London berkata: “Memandangkan China mengalami penutupan yang lebih lama dan lebih ketat daripada negara lain di dunia, gelombang keluar ekoran penutupan dijangka besar di China.”


Selain itu, Profesor Paul Hunter dari Universiti East Anglia di United Kingdom menekankan, kekurangan maklumat pada ketika ini untuk membuat “diagnosis sahih”.

Beliau menambah, “Jika ini adalah virus baru, saya akan mengharapkan lebih banyak jangkitan pada orang dewasa. Sedikit jangkitan yang dilaporkan pada orang dewasa menunjukkan adanya imuniti sedia ada daripada pendedahan sebelumnya.”

Peneliti dari University of New South Wales, Australia, menulis di platform The Conversation bahawa ancaman virus baru masih meningkat.


“Potensi pandemik adalah paling besar untuk virus yang disebarkan melalui saluran pernafasan dan yang cukup teruk untuk menyebabkan radang paru-paru,” kata mereka.

Perhatian sejagat

Taiwan dan India telah mengambil langkah berjaga-jaga.

Taiwan mengeluarkan arahan kepada masyarakat perubatan tempatan agar berwaspada terhadap penyebaran mikoplasma pneumonia dari China.

India pula mengeluarkan arahan kepada semua negeri dan wilayah kesatuan untuk meninjau langkah kesediaan kesihatan awam dan hospital.

Namun lonjakan penyakit pernafasan yang dialami China pada masa ini tidak setinggi sebelum wabak Covid-19 dan tiada patogen baru atau luar biasa ditemui dalam kes baru-baru ini.

Pemangku pengarah pencegahan wabak dan pandemik WHO, Cik Maria Van Kerkhove, berkata jumlah itu didorong oleh peningkatan bilangan kanak-kanak yang dijangkiti patogen memandangkan sebelum ini selama dua tahun sekatan Covid-19 berjaya menjauhkan mereka daripada jangkitan.

“Kami bertanya mengenai perbandingan sebelum wabak itu dan gelombang yang mereka lihat sekarang, puncaknya tidak setinggi apa yang mereka lihat pada 2018-2019.

“Ini bukan petunjuk patogen baru. Ini dijangka dan inilah yang ditangani kebanyakan negara setahun atau dua tahun lalu,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >