Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LRT Laluan Kelana Jaya kembali operasi penuh susuli kemalangan

May 28, 2021 | 06:38 PM



KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi sepenuhnya pada jam 3.45 petang Jumaat (28 Mei).



Perkara itu disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong selepas kerja-kerja pemulihan berlangsung selama lima hari susulan pelanggaran dua gerabak tren di laluan itu pada 24 Mei lalu.



Proses tersebut menyebabkan hanya satu daripada dua landasan di laluan tersebut boleh digunakan sekali gus meningkatkan waktu menunggu penumpang kepada kira-kira 16 minit bagi setiap tren.



Datuk Seri Wee berkata, keseluruhan proses pemulihan itu melibatkan 367 kakitangan Rapid Rail Sdn Bhd.



Ia melibatkan proses pembersihan serpihan, mengeluarkan gerabak tren dan baik pulih landasan.



“Dua gerabak tren yang terlibat dalam pelanggaran telah ditarik dan dibawa balik ke depot.



“Selepas itu adalah kerja baik pulih landasan. Ia telah berjalan dengan lancar dan jam 11.30 malam Khamis, 10 orang pegawai dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah melakukan pemeriksaan terhadap apa yang telah dibuat oleh pihak Rapid Rail.



“Kita pastikan aspek keselamatan dapat kita semak, diperiksa dan selamat digunakan, barulah kita buka (semula),” katanya.



Datuk Seri Wee berkata, kedua-dua landasan laluan tersebut akan menyambung operasi seperti sediakala sebelum waktu kemuncak bermula pada petang Jumaat.



Beliau turut mengesyorkan orang ramai akan keselamatan tren dan gerabak tersebut.



Beliau bagaimanapun berkata, kapasiti penumpang setiap gerabak masih dihadkan kepada 50 peratus, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. - Astro Awani



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >