Presiden Tharman Shanmugaratnam telah melantik semula Encik Lucien Wong sebagai Peguam Negara untuk tempoh tiga tahun lagi.
Pelantikan baru itu bermula pada 14 Januari 2026 hingga 13 Januari 2029, kata Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan pada 10 Oktober, lapor The Straits Times.
Encik Wong mula dilantik sebagai Peguam Negara pada 14 Januari 2017, untuk tempoh tiga tahun dan dilantik semula untuk dua penggal lagi, pada 14 Januari 2020 dan 14 Januari 2023.
Encik Lionel Yee pula telah dilantik semula sebagai Timbalan Peguam Negara untuk tempoh tiga tahun lagi, dari 14 Januari 2026 hingga 13 Januari 2029.
Beliau pertama kali dilantik ke jawatan itu pada 14 Januari 2017, untuk tempoh tiga tahun, diikuti dengan pelantikan semula pada 2020 dan 2023.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg