Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Luhut ketuai pasukan petugas percepat pelaburan bagi ibu kota baru Nusantara

May 18, 2023 | 5:30 AM
SELARAS AGENSI URUS PELABURAN: Tugas Encik Luhut ialah menyelaras agensi relevan yang menguruskan usaha membawa masuk pelaburan bagi menyertai projek di dalam dan sekitar Nusantara. - Foto fail
SELARAS AGENSI URUS PELABURAN: Tugas Encik Luhut ialah menyelaras agensi relevan yang menguruskan usaha membawa masuk pelaburan bagi menyertai projek di dalam dan sekitar Nusantara. - Foto fail -

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, melantik Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Encik Luhut Panjaitan, sebagai ketua pasukan petugas yang ditubuhkan untuk mempercepat realisasi pelaburan bagi ibu negara baru yang dirancang, Nusantara.

Ketua Penguasa Ibu Kota Nusantara (IKN), Encik Bambang Susantono, mengumumkan keputusan itu pada Isnin.

Encik Bambang berkata tugas Encik Luhut ialah menyelaras agensi relevan yang menguruskan usaha membawa masuk pelaburan bagi menyertai projek di dalam dan sekitar Nusantara.

"Dengan pasukan petugas ini kami menjangka proses pecutan pelaburan di ibu negara baru itu dapat diurus dengan lebih baik dan lebih cekap," katanya, lapor agensi berita Antara.

Selain melantik Encik Luhut sebagai ketua pasukan petugas, Encik Jokowi turut mengarahkan Pihak Berkuasa IKN membentuk sebuah lagi pasukan petugas bagi menangani isu pemilikan tanah.

"Kami mahu semua plot tanah yang ditawarkan kepada pelabur bersih dan jelas," kata Encik Bambang.

Nusantara ialah projek utama Presiden Widodo, yang jga daikenali sebagai Encik Jokowi' dan dibayangkan sebagai sebuah bandar pintar hijau seluas hampir 260,000 hektar untuk menggantikan ibu kota Jakarta yang sesak dan sedang cepat tenggelam.

Di bawah pakej insentif yang diumum pada Mac, pemerintah akan menghapuskan cukai korporat bagi syarikat yang melabur sekurang-kurangnya Rp 10 bilion ($902,032) dalam beberapa sektor selama 10 hingga 30 tahun, dengan pelepasan cukai paling lama diberi bagi infrastruktur dan perkhidmatan awam hingga 2035.

Pada 2019, Encik Jokowi mengumumkan ibu kota Indonesia akan dipindahkan dari Jakarta ke Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara di wilayah Kalimantan Timur.

Langkah itu dianggap penting bagi menyelamatkan Jakarta, yang disifatkan sebagai sebuah kawasan yang rendah dan sesak, di samping peluang membangunkan Kalimantan serta bahagian timur Indonesia.

Ini memandangkan sebahagian besar kegiatan ekonomi di negara itu berpusat di Jawa, tempat terletaknya Jakarta. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg