Lukisan gua Kalimantan berusia 40,000 tahun, tertua di dunia
Premium
Lukisan gua Kalimantan berusia 40,000 tahun, tertua di dunia
Nov 12, 2018 | 5:30 AM
SENI SILAM: Foto daripada Nature Publishing Group menunjukkan karya seni figuratif tertua di dunia dari Borneo, bertarikh sekurang-kurangnya 40,000 tahun. Gua-gua batu kapur di Kalimantan Timur di Borneo mengandungi ribuan imej seni batu. - Foto AFP -
TOKYO: Sebuah lukisan haiwan dalam sebuah gua di Indonesia didapati dilukis sekurang-kurangnya 40,000 tahun lalu, menjadikannya lukisan figuratif paling tua di dunia, menurut hasil penyelidikan baru.
Lukisan di pulau Borneo itu, yang mungkin menggambarkan seekor lembu liar setempat, antara ribuan karya seni yang ditemui beberapa dekad lalu di rantau terpencil itu.

