Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M Daud Kilau kini stabil

Sep 9, 2022 | 6:44 PM
KINI STABIL: Datuk M Daud Kilau yang dimasukkan ke Hospital Teluk Intan dalam keadaan kritikal kini stabil.
KINI STABIL: Datuk M Daud Kilau yang dimasukkan ke Hospital Teluk Intan dalam keadaan kritikal kini stabil. - - Foto IHSAN KELUARGA/BHM

IPOH: Raja gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal ketika dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) semalam (8 September) akibat masalah paru-paru berair kini berada dalam keadaan stabil.

Anaknya, Ahmad Zaini berkata bapanya sudah sedar sejak malam tadi.

"Datuk dah sedar, sekarang sudah boleh makan dan minum. Semalam tak boleh makan dan minum," katanya.

Sementara itu, isterinya, Datin Rohani Awang, 62 tahun, berkata keadaan suaminya masih lemah dan perlu banyak berehat.

Namun menurutnya, penyanyi veteran itu sudah boleh diajak berbual.

Penyanyi lagu malar segar Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan pernah menjalani prosedur pembedahan angioplasti di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dua tahun lalu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg