Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Macet dek 85j rakyat Indonesia mudik

Apr 29, 2022 | 5:30 AM
Foto TWITTER / 2005Mht
Foto TWITTER / 2005Mht -

JAKARTA: Trafik di beberapa jalan raya utama di Indonesia kini bergerak lebih perlahan, dengan sesetengahnya hampir terhenti sedang rakyat negara itu mudik, atau pulang ke kampung halaman, menjelang Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

Seramai 85 juta orang dijangka melakukan perjalanan dari kota ke kampung, yang dibenarkan buat kali pertama sejak Covid-19 menular dua tahun lalu.

Semalam, beberapa pengguna jalan raya yang terkandas menggunakan Twitter untuk meluahkan rasa kecewa mereka.

Seorang pengguna, yang dikenali dengan nama Araghutama, berkata beliau menempuh perjalanan lebih lapan jam untuk melengkapkan perjalanan 330 kilometer.

Seorang lagi pengguna Twitter, Muhamat Hasan Salikin, meluahkan rasa geram terhadap pemandu yang berhenti di laluan kecemasan dan mereka yang memotong kenderaan secara bahaya.

Awal minggu ini, Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, berkata kesesakan lalu lintas dijangka semasa musim mudik dan beliau menggesa rakyat negara itu supaya mengelak melakukan perjalanan dari 28 hingga 30 April, yang dijangka puncak masa sibuk.

Satu tinjauan yang dijalankan oleh kementerian pengangkutan Indonesia menganggarkan sekitar 23 juta kereta dan 17 juta motosikal menggunakan jalan raya dalam musim perayaan ini. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg