Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Macron dijadual ke Russia, Ukraine dalam usaha elak konflik

Feb 06, 2022 | 05:30 AM



PARIS: Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, dijadualkan terbang ke Russia dan Ukraine minggu depan dalam usaha mengelakkan konflik antara kedua-dua negara, sekali gus memainkan peranan sebagai pengantara krisis yang mengecapi kejayaan terhad.



Pemimpin berusia 44 tahun itu, yang akan menghadapi pilihan raya pada April ini, berulang kali cuba mencari huraian damai bagi beberapa masalah diplomatik dunia yang sangat mencerut - daripada soal program nuklear Iran kepada perang saudara di Libya.



Usaha terbarunya adalah untuk meredakan ketegangan antara Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, dan rakan sejawatannya, Encik Volodymyr Zelensky.



Ia langkah tekal yang dilakukannya dalam menangani isu-isu dasar luar sejak mula berkuasa pada 2017.



Beliau sering menghujahkan bahawa Eropah dan Kesatuan Eropah harus memainkan peranan lebih besar terhadap soal pertahanan dan keselamatannya sendiri, dan cuba mendorong Perancis mendepani usaha di pentas antarabangsa, dengan apa yang disifatkannya sebagai "diplomasi keberanian".



Beliau mengetengahkan falsafah itu di depan Duta Perancis pada 2019, memberitahu mereka bahawa Eropah menghadapi risiko kehilangan kecuali ia berdiri untuk kepentingannya sendiri dan menghujahkan bahawa satu-satunya pilihan adalah "dengan mengambil bahagian dalam permainan ini dan menggunakan pengaruh kita".



"Saya percaya pada satu perkara: ia adalah strategi keberanian dan mengambil risiko," katanya.



Pendekatan itu telah membawa kepada beberapa kegagalan sepanjang tempohnya berkuasa, dengan beberapa pengkritik menyatakan ia mendedahkan ketidakmatangannya dan keterbatasan Perancis sebagai kuasa dunia di peringkat pertengahan.



"Perancis punya tradisi yang panjang sebagai pengantara, tetapi Emmanuel Macron terutamanya, mahu menjadi kuasa pengimbang," kata Encik Bruno Tertrais daripada Yayasan Penyelidikan Strategik di Paris.



"Adalah jelas di mana usahanya jarang membawa kejayaan," tambahnya.



Antara kegagalan Encik Macron adalah usahanya untuk cuba mencari huraian kepada perang saudara di Libya pada 2017 yang menimbulkan pergeseran dengan Kesatuan Eropah, terutama Italy dan mendapat kecaman kerana Perancis secara rahsia memberi sokongan kepada ketua penentang tempatan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >