Premium
Madrid rancang umum sekatan pergerakan baru
Sep 18, 2020 | 5:30 AM
MADRID LENGANG: Seorang penduduk sedang berjalan-jalan di kawasan pusat bandar ibu kota Madrid yang dilaporkan sebagai antara tempat di Sepanyol paling terjejas dilanda wabak Covid-19. - Foto AFP -
MADRID: Wilayah Madrid, salah satu kawasan paling terjejas dilanda Covid-19 di Sepanyol, merancang mengumumkan sekatan pergerakan baru hari ini merangkumi penutupan yang lebih disasarkan di kawasan risiko virus, kata seorang pegawai kanan.
Madrid membentuk sekitar satu pertiga daripada kes koronavirus aktif di Sepanyol, dengan kejadian lebih sering berlaku di kawasan lebih padat dan berpendapatan rendah, terutama di selatan ibu kota.

