Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Magawa, tikus wira pengesan periuk api, bersara

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



PHNOM PENH: Seekor tikus pengesan periuk api, yang pernah menerima pingat keberanian bagi haiwan yang setara dengan pingat keberanian George Cross, telah bersara daripada tugas mencabarnya.



Tikus besar berusia tujuh tahun bernama Magawa itu, yang dilatih badan amal APOPO yang berdaftar di Belgium, telah menemui sejumlah 71 periuk api darat dan 28 peluru yang tidak meletup di Kemboja - 'membersihkan' lebih 141,000 meter persegi tanah - sepanjang kerjayanya.



Kini, lima tahun setelah haiwan itu kali pertama turun ke lapangan, pengendali tikus wira itu, Cik Malen berkata Magawa mula menjadi 'perlahan dalam tugasnya' sedang ia menghampiri usia tua dan sudah tiba masanya untuk 'menghormati keperluannya'.



Perkara itu berlaku selepas beberapa bulan setelah tikus besar asal Afrika itu, yang dapat menghidu bahan letupan 96 kali lebih cepat daripada huraian konvensional, diiktiraf tugasnya dan dianugerahkan Pingat Emas PDSA dalam bentuk miniatur - pingat haiwan setara dengan pingat George Cross.



Pingat George Cross adalah anugerah tertinggi yang diberi kepada individu oleh kerajaan Britain atas sebab keberanian atau keberanian tidak beroperasi bukan di depan musuh.



Dalam sistem pengiktirafan Britain, pingat George Cross setaraf dengan Victoria Cross, anugerah ketenteraan tertinggi.



Magawa akan tetap bersama badan amal itu, yang beribu pejabat di Tanzania, selama beberapa minggu lagi untuk 'mengajar' kumpulan tikus baru yang baru-baru ini dinilai oleh Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja (CMAC).



Cik Malen memberitahu BBC: "Prestasi Magawa amat hebat, dan saya bangga bekerja bersamanya.



"Dia kecil tetapi telah membantu menyelamatkan banyak nyawa yang membolehkan kami mengembalikan tanah yang selamat dan amat diperlukan kepada rakyat kami secepat mungkin pada kos rendah."



Latihan intensif Magawa bermula ketika tikus itu baru berusia empat minggu dengan kakitangan di badan amal APOPO di Tanzania mula memperkenalkannya kepada bunyi dan bau.



Sebelum lulus dan bertugas di lapangan, Magawa mesti lulus ujian di mana sejumlah periuk api disembunyikan di kawasan seluas 400 meter persegi.



Pada September lalu, Magawa diiktiraf secara rasmi bagi kerjanya dan dianugerahkan Pingat Emas PDSA miniatur itu. Ia menjadi tikus pertama dalam sejarah 77 tahun badan amal itu yang menerima anugerah tersebut.



Berikutan pencapaian itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas APOPO, Encik Christophe Cox, berkata:



"Menerima pingat ini benar-benar satu penghormatan bagi kami. Saya telah bekerja dengan APOPO selama lebih 20 tahun.



"Pelatih haiwan kami bangun setiap hari, amat awal, untuk melatih haiwan tersebut pada waktu pagi.



"Dan ia juga perkara penting bagi penduduk di Kemboja, dan semua orang di seluruh dunia yang menderita akibat periuk api. Pemberian Pingat Emas PDSA membawa masalah periuk api ke perhatian sejagat."



Sementara itu, Ketua Pengarah PDSA, Encik Jan McLoughlin, berkata:



"Kerja Magawa dan APOPO benar-benar unik dan luar biasa.



"Kemboja menganggarkan antara empat dengan enam juta periuk api diletakkan di negara itu antara 1975 dengan 1998, yang malangnya telah menyebabkan lebih 64,000 jiwa terkorban.



"Peranan Magawa secara langsung menyelamatkan nyawa dan mengubah kehidupan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang terjejas oleh periuk api ini.



"Setiap penemuan yang dilakukannya dapat mengurangkan risiko kecederaan atau kematian bagi penduduk setempat."



Tikus pengesan periuk api seperti Magawa dapat mengesan sebatian kimia di dalam bahan letupan sambil mengabaikan logam sekerap yang ada di sekitarnya, menjadikan proses pengesanan menjadi lebih cepat daripada pengesan logam. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >