Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahasiswa M'sia yang maut dipukul mangsa 'serkap jarang', fitnah bomoh: Bapa

Nov 11, 2021 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman, pelajar Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) yang maut akibat dipukul beramai-ramai oleh rakan sekuliah, yakin anaknya itu masih hidup jika tidak disebabkan oleh fitnah bomoh yang main serkap jarang menilik kononnya anaknya itu mencuri komputer riba.



Encik Zulkarnain Idros berkata, anaknya itu menjadi mangsa fitnah bomoh hingga maut selepas didera termasuk 'diseterika' rakan sekuliah.



"Dia (bomoh) tak ada bukti, main serkap jarang, tengok mangkuk ke, ape ke... Tak ada bukti, timbul (nama) anak saya," katanya.



Semasa perbicaraan Allahyarham Zulfarhan pada 16 Mei 2018, seorang bomoh, Abdullah Md Seh, dilaporkan memberitahu mahkamah beliau mendapat "petunjuk" bahawa Zulfarhan mencuri komputer riba.



Abdullah - yang juga bapa kepada tertuduh, Muhamad Ashraf Abdullah - dilaporkan berkata, "petunjuk" itu diperoleh melalui gerak hatinya dan melihat nama mangsa timbul di pandangan.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 November lalu telah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas penuntut UPNM selepas mereka didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat ke atas arwah Zulfarhan, empat tahun lalu.



Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.



Semuanya terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Hakim Azman Abdullah membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mengubah sabitan bawah Seksyen 304 (a) kanun sama.



Hakim turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap lima daripada enam penuntut (kecuali Shobirin), bersama 12 yang lain, selepas mendapati mereka bersalah mencederakan Zulfarhan. Hukuman berkuat kuasa serentak.



Encik Zulkarnain turut mempertikaikan dakwaan atas tertuduh itu atas kesalahan membunuh tanpa niat kerana anak sulungnya yang menjadi harapan keluarga itu disiksa selama dua hari.



Katanya, beliau dan isteri tidak dapat mengetepikan hakikat anak sulungnya itu diseksa selama dua hari berturut- turut.



"Ada dua hari arwah anak saya diseksa. Pada 21 dan 22 haribulan (Mei 2017). Kalau kata tanpa niat, kita boleh terima kalau 21 haribulan sahaja.



"Ini dah masuk hari kedua, adakah tanpa niat? Dua hari berturut-turut. "Itulah saya sebagai bapa mempertikaikannya. Bukan pertikai keputusan mahkamah tapi niat mereka itu.



"Saya terpaksa reda. Anak saya sudah tiada. Saya pun maafkan mereka," kata beliau.



Allahyarham Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.



Harapan Zulkarnain sekeluarga mendapatkan pengadilan kini berpaut kepada rayuan Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan mahkamah itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >