Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Mahathir: Apa salah saya pada Langkawi?

Feb 06, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Beberapa bulan selepas kekalahan teruk dalam pilihan raya umum Malaysia tahun lepas, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, masih dalam kegelapan mengenai sebab pengundi menolaknya.



Sambil melahirkan rasa sedih atas perubahan yang berlaku, Tun Dr Mahathir menegaskan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap pengundi di pulau bebas cukai, Langkawi di Kedah, di mana beliau gagal mengekalkan kerusi parlimennya.



"Saya telah diundi dan kehilangan 14,000 undi. Saya tidak tahu apa yang saya lakukan salah. Apa yang saya buat?"katanya yang dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris, The New Straits Times.



Dalam pilihanraya pada 19 November, Dr Mahathir - bekas perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat - memperoleh hanya 4,566 undi serta kehilangan wang simpanannya kepada Encik Suhaimi Abdullah dari Perikatan Nasional yang mendapat sokongan 25,463 pengundi.



Ia adalah kekalahan pertama bagi tokoh berusia 98 tahun itu dalam pilihan raya parlimen sejak 1969.



Dr Mahathir mengakui bahawa keputusan itu "sedikit mengecewakan", terutamanya kerana beliau telah melakukan banyak perkara untuk membangunkan pulau itu.



"Saya tidak merajuk, tetapi saya melakukan banyak perkara untuk Langkawi," luah beliau.



Kekalahan Dr Mahathir berlaku walaupun terdapat penghargaan yang meluas atas sumbangannya di Langkawi.



Beliau dihormati secara meluas kerana membawa kemakmuran dan pembangunan ke pulau itu dengan mengisytiharkannya sebagai pusat bebas cukai pada 1987, ketika beliau menjadi perdana menteri Malaysia.



Langkah itu menarik banyak pelaburan pelancongan, termasuk lapangan terbang antarabangsa, perkhidmatan feri dan hotel mewah.



Kekalahan tokoh politik itu memberi tamparan terakhir kepada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pimpinan Dr Mahathir, yang bertanding dan tewas di semua 121 kerusi parlimen di seluruh negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >