Topik diikuti
Pergi ke BHkuMahathir: Bandar Malaysia diteruskan, siap dengan stesen HSR
Mahathir: Bandar Malaysia diteruskan, siap dengan stesen HSR
Mahathir: Bandar Malaysia diteruskan, siap dengan stesen HSR
BOLEH JANA MANFAAT EKONOMI: Dr Mahathir (dua dari kanan) bersama (dari kiri) Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali, melihat model Bandar Malaysia sebelum majlis menandatangani perjanjian di Putrajaya kelmarin. - Foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 19, 2019 | 5:30 AM
PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Harapan Malaysia kelmarin meneruskan semula projek Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion ($46 bilion) yang dimulakan oleh bekas perdana menteri Najib Razak, dan Perdana Menteri Mahathir Mohamad berkata pembangunan itu akan menempatkan sebuah stesen kereta api berkelajuan tinggi (HSR), sebagaimana yang dirancang.
Tun Dr Mahathir berkata walaupun Malaysia dan Singapura belum membuat keputusan mengenai projek HSR yang tertangguh, Bandar Malaysia, yang terletak di pinggir selatan Kuala Lumpur, akan mempunyai perhentian bagi laluan kereta api itu.
