KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, disahkan positif Covid-19, pada Rabu (31 Ogos). Pejabat Dr Mahathir dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan pasukan kesihatan. Kenyataan dua perenggan daripada pejabat Tun Dr Mahathir bagaimanapun tidak menyebut keadaan isterinya, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Pada November tahun lalu, Ahli Parlimen (AP) Langkawi itu mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di IJN dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan serius selepas pengambilan dos itu. Tun Dr Mahathir adalah perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia dan pernah menyandang jawatan itu sebanyak dua kali.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg