Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahathir disoal siasat polis lagi

Jun 29, 2016 | 2:39 PM
Polis menyoal siasat Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya pada Rabu (29 Jun), menurut peguam beliau.
Polis menyoal siasat Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya pada Rabu (29 Jun), menurut peguam beliau. - GAMBAR THE STAR / ASIA NEWS NETWORK

PETALING JAYA: Polis telah menyoal mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di pejabatnya di Putrajaya pada Rabu (29 Jun), kata peguamnya.

Encik Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengesahkan bahawa Dr Mahathir disoal siasat polis di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana.

"Ia masih berjalan. Pasukan saya berada di sana dalam sesi itu. Saya ada perbicaraan jadi saya dalam perjalanan saya di sana sekarang," kata beliau The Star Online awal sebelum ini.

Encik Mohamed Haniff tidak dapat mengatakan Dr Mahathir disoal siasat mengenai perkara apa.

Ia kali kedua dalam bulan ini beliau disoal oleh pihak berkuasa.

Pada kali pertama, Dr Mahathir disoal berhubung kenyataan beliau bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan lain "diletakkan di bawah tahanan rumah". - (The Star / Asia News Network)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg