Mahathir: Hubungan dagangan bursa saham M'sia-S'pura dikaji semula
Premium
Mahathir: Hubungan dagangan bursa saham M'sia-S'pura dikaji semula
Jun 7, 2018 | 5:30 AM
KAJI SEMULA PERJANJIAN: Dr Mahathir (kanan sekali) mengumumkan akan mengkaji semula perjanjian dagangan pasaran saham dengan Singapura. Di sebelahnya ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir ialah Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Encik Salahuddin Ayub (kiri sekali). - Foto MALAY MAIL -
PUTRAJAYA: Malaysia akan mengkaji semula perjanjian antara kerajaan terdahulu dengan Singapura untuk mewujudkan satu rangkaian perdagangan yang membolehkan pelabur di setiap negara mengakses pasaran saham lain, kata Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kerajaan akan mengkaji semula perjanjian itu untuk menghubungkan bursa saham Malaysia dengan Singapura," kata Dr Mahathir semasa sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya semalam.

