Mahathir isytihar keluar Umno

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahathir isytihar keluar Umno

Feb 29, 2016 | 5:18 PM

Mahathir isytihar keluar Umno

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
KELUAR PARTI: Mantan perdana menteri yang juga mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan surat rasmi mengenai penarikan dirinya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat. - Foto The Star Online
KELUAR PARTI: Mantan perdana menteri yang juga mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan surat rasmi mengenai penarikan dirinya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat. - Foto The Star Online -

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Datuk Seri Najib sebagai presidennya.

"Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Tambahnya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur.

Agensi berita, Reuters, melaporkan beliau sebagai berkata tidak akan membentuk sebuah parti baru mahupun menyertai mana-mana parti. - Utusan Online, Malaysiakini, BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg