MALAYSIA - WALAUPUN sudah berusia 94 tahun, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed telah mengayuh basikal sepanjang 11km pada hari Sabtu (17 Ogos), satu kejayaan yang telah menarik perhatian ramai di media sosial.
Ketua pemerintah tertua di dunia itu dilihat menunggang basikal merah dengan memakai topi keledar merah dan putih serta diiringi oleh rombongan hampir 10 orang yang turut juga menaiki basikal dan skuter.
[embed][/embed]
Pada usia di mana ramai lebih suka berada di kerusi penumpang kereta, Dr Mahathir yang sudah lanjut usia juga sering dilihat memandu untuk beberapa orang pelawat dengan menggunakan kereta buatan Malaysia, Proton.
Pada awal bulan ini (9 Ogos), Presiden Indonesia, Joko Widodo dilihat menumpang kereta Proton Persona merah yang dipandu oleh Dr Mahathir selepas mesyuarat rasmi di pejabat Perdana Menteri untuk makan tengah hari di kediaman Seri Perdana kira-kira 4 kilometer.
"Ini kali kedua saya mendapat penghormatan untuk duduk di dalam kereta yang dipandu oleh Dr M," kata Joko di laman Facebooknya, mengingat semula lawatan pertamanya ke Malaysia sekitar empat tahun lalu ketika Dr Mahathir menjemputnya menguji pandu kereta Proton.
Pada Ahad (18 Ogos), Dr Mahathir dilihat memandu sekali lagi semasa menguji pandu kereta Proton Saga MC 2019 buatan Malaysia.
Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada tahun 1981 pada usia 56 tahun dan merupakan perdana menteri keempat negara itu.
Dia meletak jawatan pada tahun 2003 selepas berkhidmat kepada negaranya selama 22 tahun.