Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Mahathir kian pulih, kini alih ke wad biasa

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Mahathir kian pulih, kini alih ke wad biasa

Ceria dan semangat kembali pulih sepenuhnya, tidak dibenar terima pelawat bagi elak jangkitan, kata anak sulung
Jan 28, 2022 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Tahap kesihatan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, 96 tahun, semakin baik dan sudah dipindahkan dari Unit Rawatan Koronari (CCU) ke wad biasa Institut Jantung Negara (IJN), kelmarin.

Anak sulungnya, Datin Paduka Marina, dalam satu kenyataan memaklumkan penilaian doktor pakar yang merawat bapanya mendapati tahap kesihatan ayahnya semakin pulih.

"Tun Dr Mahathir sudah dipindah keluar dari Unit Rawatan Koronari ke bilik wad biasa IJN dan beliau ceria serta bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.

"Bagi mengelak jangkitan, keduadua Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini," katanya lapor Berita Harian Malaysia.

Datin Paduka Marina dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar Dr Mahathir pulih sepenuhnya

Pada Selasa lalu, beliau memaklumkan kesihatan bapanya menunjukkan peningkatan dan selera makan Dr Mahathir bertambah baik serta sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi di IJN.

Dr Mahathir, juga Ahli Parlimen Langkawi, sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari.

Ia bagi menjalani prosedur perubatan elektif dikendalikan sepasukan doktor institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Pihak hospital tidak berkongsi maklumat mengenai prosedur tersebut.

Namun beliau dimasukkan ke IJN kemudiannya, buat kali ketiga dalam tempoh sebulan.

Pada 22 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menziarahi Dr Mahathir di IJN.

Beliau menaiki kereta yang memasuki pekarangan IJN sebelum menuju ke kawasan belakang pusat rawatan itu yang dikawal ketat pihak polis dan pengurusan IJN.

Selepas kira-kira 30 minit, Datuk Ismail Sabri kemudian beredar dari institut perubatan berkenaan dengan dikawal ketat anggota polis.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Encik Imran Khan, kelmarin menzahirkan ucapan selamat dan doa kepada Dr Mahathir.

"Doa dan ucapan selamat saya titipkan kepada rakan saya, Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau cepat sembuh," kata Encik Khan menerusi ciapan Twitternya.

Dr Mahathir telah berkhidmat hampir 24 tahun secara keseluruhan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama dua penggal berasingan, menerajui pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH).

Beliau adalah perdana menteri paling lama berkhidmat di negara itu. - BHM, Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3