Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir, Muhyiddin disaman berhubung penamatan projek HSR

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah disaman bagi pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dengan Singapura.



Plaintif dalam kes itu ingin menuntut defendan membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM1 juta ($308,000) kepada setiap warga Malaysia, menerusi satu laporan.



Writ saman terhadap dua ahli politik itu dan tiga pihak lain - mantan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed; mantan menteri pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; serta kerajaan Malaysia - dikemukakan oleh seorang warga Malaysia, Encik Mohd Hatta Sanuri pada 30 Disember tahun lalu, dengan tujuan menghidupkan semula projek itu dan menuntut pampasan bagi orang ramai.



Menurut laporan di portal berita Malaysiakini, lelaki berusia 46 tahun itu mendakwa Tun Mahathir cuai dan melakukan kesalahan penyelewengan dalam jawatan awam semasa beliau memutuskan untuk menangguh projek HSR itu pada 5 September 2018, yang didakwa menyebabkan Malaysia membayar pampasan RM46 juta kepada Singapura pada 31 Januari 2019.



Plaintif mendakwa Tan Sri Muhyiddin juga cuai dan melakukan kesalahan penyelewengan dalam jawatan awam apabila beliau membatalkan projek HSR itu pada 31 Disember 2020, hingga menyebabkan Malaysia membayar pampasan lebih RM320 kepada Singapura pada 2021 bagi pembatalan perjanjian dua hala antara kedua-dua negara.



Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian bagi projek HSR itu pada Disember 2016 tetapi projek itu digantung beberapa kali atas permintaan Malaysia.



Ia akhirnya dibatalkan selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan berhubung perubahan yang diusul Malaysia hingga tempoh akhir 31 Disember 2020.



Malaysia kemudian membayar pampasan sekitar $102 juta kepada Singapura.



Bagaimanapun, Malaysia menyuarakan keinginan mereka untuk menghidupkan semula projek HSR itu semasa satu pertemuan dua hala di Singapura tahun lalu.



Namun ini tidak menjadi nyata selepas perubahan kerajaan menyusuli pilihan raya umum Malaysia yang berlangsung pada 19 November lalu.



Disebabkan pembatalan projek itu, Encik Hatta mendakwa Malaysia kehilangan keyakinan daripada pelabur asing; 70,000 pekerjaan bergaji tinggi yang berpotensi dihasilkan daripada projek itu; serta peluang untuk meraih keuntungan sebanyak RM70 bilion.



Tambahnya, Malaysia juga kerugian sebanyak RM366 bilion apabila negara itu membayar jumlah berkenaan kepada Singapura sebagai pampasan.



"Berdasarkan fakta itu, defendan perlu membayar ganti rugi teruk dan teladan kepada setiap warga Malaysia, termasuk plaintif, bagi tindakan yang tidak mengikut perlembagaan, kejam dan bagi manfaat tidak jujur mereka sendiri yang membelakangkan kepentingan rakyat Malaysia," ujar Encik Hatta. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >