Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir nafi cetus idea tubuh PN, tuduh Azmin pula

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bahawa idea penubuhan Perikatan Nasional (PN) datang daripada mantan Perdana Menteri Malaysia itu.



Dalam satu kenyataan kelmarin, Dr Mahathir berkata jika ia adalah rancangannya, mengapa perlu beliau akhirnya menolak idea itu, yang akan memastikan beliau kekal sebagai perdana menteri.



"Saya telah diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan Perikatan Nasional (PN).



"Saya telah berkali-kali terangkan bahawa ini tidak benar sama sekali kerana PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh Umno secara en bloc (keseluruhannya).



"Jika saya merancangnya mengapa perlu saya tolak apabila ia menjadi kenyataan dan jika saya terima sudah pasti saya kekal sebagai Perdana Menteri, seperti yang diakui sendiri oleh Azmin," ujarnya, lapor Astro Awani.



Dalam satu wawancara bersama akhbar The Star sebelum ini, Datuk Azmin mendakwa penubuhan PN datang daripada Dr Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri dengan sokongan semua Ahli Parlimen (AP) tanpa mengira parti politik.



Dalam kenyataannya, Dr Mahathir pula mendakwa rancangan penubuhan PN dan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) adalah daripada Datuk Azmin dan Perdana menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



"Keduanya, jika ada sesiapa yang beria-ia merancang menubuh kerajaan PN dan keluar PH sudah pasti ianya Azmin dan juga Muhyiddin, yang mendapat hasil paling lumayan.



"Jangan lupa ketika semua ini berlaku, kedudukan Azmin di dalam Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) dan juga PH amat terancam. Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketua PKR) dan penyokongnya merancang dan berusaha untuk menjatuhkan Azmin dan ini bermula sejak pemilihan di dalam Keadilan.



"Anwar secara terbuka menyokong Rafizi Ramli yang menentang Azmin untuk jawatan timbalan presiden dan apabila usaha tersebut gagal, muncul pula video yang mengaitkan Azmin dengan perlakuan seks sumbang.



"Ini menambah tekanan kepada Azmin dan apabila beberapa penyokong Anwar dikatakan terlibat di dalam penyebaran video tersebut, kedudukan Azmin di dalam Keadilan serta hubungannya dengan Anwar menjadi untenable atau tidak boleh diperbaiki," ujarnya, lapor Astro Awani.



Ahli Parlimen Langkawi itu turut mendakwa beliau memahami rancangan 'Langkah Sheraton' oleh Datuk Azmin walaupun beliau secara terang menentangnya.



"Ini kerana baginya, yang paling penting ialah menyekat Anwar dari menjadi perdana menteri. Tetapi jika PH terus memerintah, sudah pasti Anwar akan berpeluang menjadi perdana menteri.



"Pada masa yang sama, Azmin juga bercita-cita untuk menjadi perdana menteri. Kerana itu dia bergabung dengan Muhyiddin dan amat jelas hari ini, Azmin diletak oleh Muhyiddin sebagai de facto Timbalan Perdana Menteri



"Selain itu, saya pasti Azmin telah membuat perancangan membentuk kerajaan PN dan 'langkah Sheraton' agak lama kerana saya percaya tidak mudah untuk dia meyakinkan sembilan ahli parlimen Keadilan untuk ikut serta dalam 'langkah Sheraton' itu.



"Dan Azmin tahu bahawa jika sekadar Bersatu menarik diri dari PH, ia masih tidak cukup untuk menjatuhkan kerajaan PH. Tetapi apabila Azmin ikut serta maka secara langsung kerajaan PH hilang majoriti dan jatuh," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >