Topik diikuti
Pergi ke BHkuMahathir nafi pakat halang Anwar jadi PM

Aug 19, 2018 | 5:30 AM
Mahathir nafi pakat halang Anwar jadi PM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menafikan beliau bekerjasama dengan Tun Daim Zainuddin bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata orang yang membuat dakwaan itu harus mengemukakan bukti kerana beliau tidak pernah membincangkan perkara tersebut.