Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir nafi terima derma politik dari syarikat

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menafikan dakwaan menerima sumbangan politik daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pilihan Raya Umum yang ke-14.



"Saya tidak menerima (wang itu). Sekiranya beliau boleh tunjukkan bukti, saya boleh terimanya, ini mudah dinyatakan.



"Sekiranya seseorang memberi saya wang, tunjukkan pada saya siapa yang beri, saya tidak menerima wang," katanya di satu persidangan media selepas mesyuarat dengan operator bot pelancongan di Jeti Tanjung Rhu, kelmarin.



Selain itu, beliau berkata pihak yang mendakwa telah menerima dana itu sepatutnya tampil dengan bukti.



Akhbar Sinar Harian memetik Anggota Parlimen (AP) Langkawi itu yang berkata beliau sedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai isu itu.



"Saya sedia, tunjukkan saya bukti yang saya terima (wang). Banyak dakwaan telah dibuat terhadap saya bahawa saya kaya dengan berbilion ringgit disimpan di Switzerland dan Taiwan," tambahnya.



Di perbicaraan rasuah melibatkan mantan perdana menteri Encik Ahmad Zahid Hamidi, bekas pengurus pentadbiran UKSB, Encik David Tan Siong Sun, 47 tahun, berkata bahawa Dr Mahathir, yang merupakan pengerusi Bersatu pada masa itu, menerima sumbangan bagi parti itu menerusi anak saudaranya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar.



Encik Tan berkata nama kod "Kedahan" digunakan bagi Encik Rahmat dalam buku akaun UKSB bagi wang yang keluar daripada syarikat itu.



Beliau juga berkata pembayaran serupa dibuat kepada "menteri, ahli politik dan kakitangan kerajaan" dan beliau telah menyimpan akaun pembayaran yang dibuat antara 2014 dengan 2018 dalam fail spreadsheet dalam komputer ribanya.



Sebelum ini beliau telah menamakan beberapa ahli politik, termasuk mantan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai antara mereka yang menerima wang secara langsung atau menerusi proksi.



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 69 tahun, menghadapi 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah sehingga $13.56 juta daripada UKSB bagi dirinya semasa beliau menteri ehwal dalam negeri, bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai operator Pusat Sehenti (OSC) di China dan bagi sistem Visa Luar Negara (VLN), serta mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN.



Dalam tujuh dakwaan lanjutan, Dr Ahmad Zahid dituduh menerima $150,000; RM 3 juta ($932,230), 15,000 Swiss Francs ($21,550) dan AS$15,000 ($20,800) daripada UKSB yang mempunyai kaitan rasmi kepada tugasan rasminya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >