Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahathir: Nilai wajar ringgit RM3.80 bagi sedolar AS

Jun 23, 2018 | 5:30 AM
TUN DR MAHATHIR: Mahu kukuhkan nilai ringgit. - Foto REUTERS
TUN DR MAHATHIR: Mahu kukuhkan nilai ringgit. - Foto REUTERS -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata nilai wajar ringgit (RM) berbanding dolar Amerika Syarikat kini adalah sama dengan kadar yang ditambatkan oleh kerajaan beliau pada 1998 dalam satu langkah kontroversi semasa krisis kewangan Asia.

Ditanya apa pada pandangannya nilai wajar RM dalam satu temu bual bersama Bloomberg semalam, Dr Mahathir berkata "3.8".

Kadar itu lebih 5 peratus lebih tinggi daripada kadar semasa berbanding dolar Amerika dan tidak dilihat sejak pertengahan 2015, apabila kebimbangan mengenai China melanda pasaran baru muncul.

"Kami ingin mengukuhkan ringgit kami, tetapi ia perlu dilakukan secara semula jadi," kata Dr Mahathir, arkitek kawalan modal pada 1998, yang akhirnya membantu menstabilkan ekonomi Malaysia walaupun dikritik ketika itu oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Beliau tidak mengulas lanjut mengenai langkah yang diperlukan bagi membolehkan kenaikan semula jadi nilai RM.

Dr Mahathir membayangkan dalam temu bual itu bahawa RM terjejas secara tidak adil oleh tekanan yang melanda pasaran baru muncul. Dolar Amerika yang sedang meningkat menjejas permintaan bagi aset negara membangun.

"Ini sebenarnya masalah yang timbul daripada keadaan ekonomi dunia, bukan ekonomi kami sahaja," kata Dr Mahathir mengenai nilai tinggit.

Indeks saham Malaysia turun 8.5 peratus sejak pilihan raya umum negara itu pada 9 Mei lalu, berbanding kemerosotan 5.3 peratus pada Indeks Pasaran Baru Muncul MSCI.

Bagaimanapun, ramalan selepas pilihan raya itu menunjukkan ahli strategi melihat nilai ringgit akan naik.

Anggaran median dalam satu kaji selidik Bloomberg ialah ringgit mencapai kadar 3.95 berbanding dolar Amerika bagi akhir tahun ini. Namun, unjuran menunjukkan ia akan kekal rendah di bawah 3.80 pada tahun-tahun mendatang.

Ia berada pada kadar 4.0135 pada 12.38 tengah hari semalam di Kuala Lumpur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg