Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir: Pelbagai tuduhan akan dikenakan ke atas Najib berhubung 1MDB

Jun 19, 2018 | 06:50 PM



KUALA LUMPUR: Penggelapan wang dan rasuah menggunakan wang kerajaan merupakan antara tuduhan yang akan dikenakan ke atas mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Ini menyusuli siasatan ke atas wang yang didakwa diselewengkan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini (19 Jun).



Dalam satu wawancara dengan Reuters, Tun Dr Mahathir berkata penyiasat Malaysia sudah pun mempunyai kes yang hampir sempurna terhadap suspek utama yang telah menipu 1MDB dan menyalahgunakan berbilion dolar wang negara.



Beliau turut berkata Datuk Seri Najib, yang merupakan pengasas 1MDB, memainkan peranan utama.



“Beliau bertanggungjawab sepenuhnya bagi 1MDB. Tiada apa yang boleh dilakukan tanpa tandatangannya dan tandatangannya ada dalam semua perjanjian yang dimeterai 1MDB.



“Oleh itu, beliau bertanggungjawab,” kata Tun Dr Mahathir.



Dalam pada itu, Datuk Seri Najib telah menafikan sebarang salah laku secara konsisten.



Malah minggu lalu, beliau mengulangi kedudukannya itu bahawa beliau tidak mengambil wang daripada 1MDB.



Tun Dr Mahathir berkata isteri Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, turut disiasat berhubung 1MDB.



Tambahnya, beliau menjangkakan Malaysia akan membuat penangkapan pertamanya berhubung kes 1MDB dalam masa beberapa berbulan.



Beliau juga berharap perbicaraan kes itu di mahkamah dapat bermula menjelang hujung tahun ini. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >