Topik diikuti
Pergi ke BHkuMahathir pertahan langkah anjur sidang pemimpin Islam di KL
Mahathir pertahan langkah anjur sidang pemimpin Islam di KL
Hanya 20 daripada 57 ahli OIC hadir, acara dikritik kerana boleh gugat pertubuhan Islam lebih besar itu
Mahathir pertahan langkah anjur sidang pemimpin Islam di KL
BINCANG HAL UMAT: Yang Dipertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah), dan Dr Mahathir melancarkan Sidang Puncak Kuala Lumpur semalam. Dr Mahathir berkata ia dianjurkan bukan untuk berbincang mengenai agama, sebaliknya tentang hal ehwal umat Islam. - Foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 20, 2019 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menganjurkan sidang puncak pemimpin Islam, sedih akan keadaan umat Islam dan mempertahankan pertemuan yang dijauhi Arab Saudi dan dikritik kerana menggugat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang lebih besar itu.
Perpecahan dalam Dunia Islam nyata kerana hanya sekitar 20 negara menghantar pemimpin atau delegasi ke Sidang Puncak Kuala Lumpur itu, meski semua 57 ahli OIC diundang.
