Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir rai ulang tahun ke-93, ribuan beri ucap selamat

Jul 10, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ribuan ucapan selamat membanjiri laman Facebook rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sejak pagi semalam susulan kiriman tentang hari kelahiran Perdana Menteri itu.



Doktor perubatan yang berasal dari Kedah, yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-93 hari ini, telah membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil dalam bidang politik dan umur bukanlah penghalang untuk mencapai sesuatu.



Rakyat Malaysia dipelawa untuk bersama-sama memeriahkannya dengan menghantar mesej ulang tahun kepadanya.



Pelbagai kata dan lafaz semangat, terima kasih, ucapan kesejahteraan, dan harapan tentang masa depan tanah air dizahirkan. Tidak ketinggalan, ada juga yang sempat bertanyakan tentang rahsia kesihatan Dr Mahathir.



Sejak 7 Julai lalu, orang ramai terutamanya 'netizen' mula menyampaikan mesej mereka menerusi semua platform media sosial seperti yang diatur oleh Astro AWANI iaitu Twitter, Instagram dan Facebook. Semuanya disertai hashtag #TunM93.



Pos Malaysia pula akan mengeluarkan setem khas edisi terhad sempena ulang tahun ke-93 Dr Mahathir hari ini.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan POS Malaysia Al-Ishsal Ishak berkata, Setem Ku menampilkan saat-saat mesra antara Dr. Mahathir dengan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta hari bersejarah apabila beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia.



"Dr Mahathir telah mendedikasikan seluruh hidupnya demi kebaikan negara dan inilah cara kami untuk mengucapkan terima kasih atas segala usaha dan sumbangannya kepada Malaysia," kata Al-Ishsal.



Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri paling tua dipilih di dunia apabila Pakatan Harapan (PH) pimpinannya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.



Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Dr Mahathir ibarat hadiah yang 'kehadirannya' untuk negara bukan hanya sekali.



"Dulu sudah satu hadiah, ni hadiah yang datang sekali lagi. Saya rasa ia merupakan satu anugerah kepada negara dan masyarakat kita terutama masyarakat Islam.



"Kita lihat orang ini orang yang luar biasa yang dalam umur 93 tahun, berdaya membuat sesuatu dalam membawa perubahan," ujar beliau. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >