Topik diikuti
Pergi ke BHkuMahathir: Rusuhan tidak patut berlaku di bulan Ramadan
Jul 16, 2015 | 5:30 AM
Mahathir: Rusuhan tidak patut berlaku di bulan Ramadan
ALOR SETAR: Insiden rusuhan di Plaza Low Yat yang berlaku baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia, kata mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata umat Islam bukan sahaja perlu menahan diri daripada lapar dan dahaga malah seharusnya membendung perasaan marah dan benci dalam bulan Ramadan ini.