Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahathir selamat jalani prosedur perubatan

Jan 10, 2022 | 5:30 AM
DR MAHATHIR MOHAMAD: Kini sedang menjalani pemulihan setelah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur Jumaat lalu. - Foto fail
DR MAHATHIR MOHAMAD: Kini sedang menjalani pemulihan setelah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur Jumaat lalu. - Foto fail -

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menjalani prosedur perubatan elektif di Institut Jantung Negara (IJN) dan dijangka dibenarkan pulang dalam beberapa hari.

Dalam satu kenyataannya semalam, institut tersebut berkata prosedur tersebut dilaksana dengan selamat dan mengikut rancangan.

"Tun Dr Mahathir kini sedang menjalani pemulihan dan segalanya berjalan dengan baik. Beliau dalam keadaan sedar dan baik," kata institut itu.

Dr Mahathir, 96 tahun, dimasukkan ke IJN Jumaat lalu bagi menjalani prosedur berkenaan, namun institut itu tidak menyediakan lain-lain maklumat berkaitan prosedur tersebut.

Namun, Disember lalu, bekas Perdana Menteri itu telah dimasukkan ke IJN selama seminggu bagi siri pemeriksaan dan siasatan perubatan.

Dr Mahathir mempunyai sejarah penyakit jantung dan sering mendapatkan rawatan di IJN. Beliau juga telah tiga kali mengalami serangan jantung - pada 1989 dan kemudian dua kali pada 2006. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg