Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahathir stabil, beri tindak balas baik kepada rawatan

Jan 22, 2022 | 4:50 PM
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, 96 tahun, sedang dipantau di Unit Jagaan Koronari (CCU), IJN.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, 96 tahun, sedang dipantau di Unit Jagaan Koronari (CCU), IJN. - Reuters

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di dalam keadaan stabil di Institut Jantung Negara (IJN) dan memberi tindak balas yang baik kepada rawatan. Dalam satu kenyataan petang tadi, anaknya, Datin Paduka Marina mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa bapanya ditempatkan di IJN sejak Khamis lalu. "Sejak dua hari lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di IJN lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari 2022. "Keadaan beliau kini stabil dan memberi tindak balas yang baik kepada rawatan. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya," kata Datin Paduka Marina. Ini kali kedua Dr Mahathir dimasukkan ke IJN dalam bulan ini. Pada 7 Januari lalu, beliau menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan pulang enam hari kemudian.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg