Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahathir tawarkan diri sebagai calon PM, dengan sokongan Pakatan Harapan

Feb 29, 2020 | 12:01 PM
Perdana Menteri sementara, Dr Mahathir Mohamad (tengah) dalam satu mesyuarat dengan para pemimpin Pakatan Harapan daripada parti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.
Perdana Menteri sementara, Dr Mahathir Mohamad (tengah) dalam satu mesyuarat dengan para pemimpin Pakatan Harapan daripada parti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara. - SCREENGRAB FROM LIEW CHIN TONG/ FACEBOOK

KUALA LUMPUR - Dalam satu lagi perkembangan drama politik Malaysia, perdana menteri sementara Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kembali sebagai calon perdana menteri dengan jumlah sokongan mencukupi daripada penggubal dasar bagi membentuk kerajaan seterusnya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi tadi (29 Februari), Dr Mahathir mengumumkan bahawa beliau bersedia sebagai calon perdana menteri.

"Pagi ini saya telah bermesyuarat dengan ketua pemimpin Pakatan Harapan (PH). Saya sekarang yakin saya mempunyai jumlah sokongan diperlukan bagi menjamin sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat," kata beliau yang memerlukan 112 undian.

Sejurus selepas itu, perikatan PH mengeluarkan kenyataan melahirkan sokongan terhadap Dr Mathathir sebagai calon perdana menteri negara itu.

Dr Mahathir juga menafikan laporan bahawa beliau menyokong pencalonan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin's sebagai perdana menteri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg