Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir terus bidas Najib

Apr 13, 2015 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, meneruskan bidasannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), jambatan bengkok dan lain-lain isu, hanya beberapa hari setelah Datuk Najib menjernihkan keadaan menerusi satu wawancara yang disiarkan di televisyen.


Selaran terkini Tun Mahathir itu dibuat dalam wawancara dengan penulis blog, Din Turtle, yang disiarkan kelmarin.


Dalam wawancara tersebut, beliau menegaskan sebuah "suruhanjaya bebas sepenuhnya" perlu dibentuk untuk menyiasat 1MDB - syarikat pelaburan kerajaan yang dibelenggu hutang.


Tun Mahathir turut menegaskan bantahannya terhadap dasar bantuan 1Malaysia dengan berkata bantuan kewangan tersebut diberikan kepada mereka yang tidak berterima kasih.


Mantan Perdana Menteri itu juga menyangkal dakwaan Datuk Najib dalam siaran televisyen tersebut yang mengatakan beliau kurang senang dengan keputusan kerajaan pimpinan Datuk Najib tidak membina jambatan bengkok.


"Apa hal yang Najib mahu sebut tentang perkara itu? Nak alih isu?" kata Tun Mahathir dalam wawancara dengan Din Turtle itu.


"Bridge ini... kalau tak buat, saya mati kah?," tambahnya lagi.


Tun Mahathir menjelaskan beliau hanya bertanya mengapa jambatan itu tidak dibina dan diberitahu bahawa Malaysia tidak boleh "menyentuh" koswe melainkan Singapura juga bersetuju.


"Show me the agreement...'Takdak'... there is no such agreement. Kita buat sebelah kita, dia nak buat apa sebelah dia, dia buatlah...," katanya lagi.


Menyentuh jawapan Datuk Najib menenai isu 1MDB pula, Tun Mahathir berkata:


"Bila kita tanya pasal 1MDB, dia jawab kata perkara ini telah dirujuk kepada Auditor General dan PAC.... that's not an answer (itu bukan satu jawapan)." - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >