Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahathir teruskan tindakan kemuka saman terhadap Anwar

Apr 18, 2023 | 8:54 PM
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto fail

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Perdana Menteri Malaysia itu tidak menarik balik fitnah dan meminta maaf berhubung tuduhan menyalah guna kuasa bagi memperkayakan keluarganya. Dalam satu perkongsian bertajuk 'Cari Gaduh' menerusi Facebook pada Isnin, Dr Mahathir berkata, tindakan saman diambil kerana Datuk Anwar masih meneruskan fitnah terhadapnya walaupun selepas berjaya menjadi Perdana Menteri. "Hari ini, hari terakhir untuk Datuk Seri Anwar dan peguamnya menjawab surat dari peguam saya yang memintanya menarik balik fitnah dan meminta maaf kerana me nuduh saya menyalah guna kuasa untuk memperkaya keluarga, jika tidak, saya telah arah peguam untuk teruskan tindakan undang-undang. "Selain itu, saya juga diberitahu bahawa Anwar setelah peguam saya keluar surat meminta dia menarik balik fitnahnya, ketika berdialog dengan pelajar-pelajar universiti telah berkata bahawa dia tidak mahu bergaduh dengan saya. "Ini agak pelik. Dia fitnah saya bermacam-macam selama berpuluh tahun. "Masa itu pun bila minta tunjuk bukti, tak ada satu pun bukti yang dia tunjuk walaupun dengar cerita ada berkotak-kotak bukti dalam simpanannya," katanya menerusi perkongsian itu. Dr Mahathir menjelaskan bahawa sebelum ini beliau tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Anwar kerana menganggap serangan yang dibuat sebelum ini adalah perbuatan seseorang yang terdesak kerana terlampau mahu jadi perdana menteri. "Tetapi hari ini, apabila dia dah jadi perdana menteri, dia masih teruskan fitnah. Jadi saya minta tarik balik dan jika tidak, saya akan ambil tindakan undang-undang. Itulah yang saya lakukan. Jadi siapa yang cari gaduh?" katanya. Sementara itu, peguam Datuk Anwar berkata perdana menteri bersedia menghadapi Dr Mahathir di mahkamah berhubung dakwaan beliau telah memfitnahnya. Peguamnya, Encik Alliff Benjamin Suhaimi, dalam jawapan kepada tuntutan Dr Mahathir, berkata: "Kami bersedia untuk menjawab sebarang dakwaan di mahkamah, jika Dr Mahathir mahu meneruskan prosiding undang-undang." Ini sebagai jawapan kepada surat tuntutan bertarikh 17 April yang dikeluarkan peguam Dr Mahathir. Pada Mac, Datuk Anwar mendakwa ahli keluarga Dr Mahathir telah menjadi kaya semasa beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun di bawah Barisan Nasional (BN). Dr Mahathir kemudian mengeluarkan surat tuntutan agar Datuk Anwar menarik balik kenyataannya dan memohon maaf, dan jika tidak pihaknya akan menyaman Datuk Anwar. - BHM, FMT.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg