Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Mahathir tidak undur diri selagi masalah negara tidak selesai

Nov 07, 2019 | 01:56 PM

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan undur diri sebagai perdana menteri selagi beliau tidak selesaikan masalah yang dialami negara.

Masalah itu, katanya, termasuk mendapatkan semula wang berbilion yang hilang menerusi 1MDB, mencari Jho Low dan membasmi rasuah dalam perkhidmatan awam.

Dalam wawancara bersama agensi berita Financial Times yang ditukil The Star, Dr Mahathir berkata tiada tarikh tetap atau masa yang disebut (untuk beliau undur diri).

“Masa tetap di mana saya akan berada di situ bergantung kepada masalah yang kami hadapi.”

“Saya ada sedikit pengalaman selesaikan masalah kewangan, jadi mereka ingin saya selesaikan masalah sebelum saya undur diri,” katanya.

Apabila ditanya sama ada presiden PKR (Parti Keadilan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih tempatnya, beliau berkata ya tanpa teragak-agak dan menyatakan bahawa beliau telah pun menjanjikan perkara ini. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3