Mahathir umum pelbagai tindakan 'pembersihan' salah laku
Premium
Mahathir umum pelbagai tindakan 'pembersihan' salah laku
May 15, 2018 | 5:30 AM

TAKLIMAT PERDANA MENTERI: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan), mempengerusikan mesyuarat dengan para Setiausaha Agung kementerian bagi menerangkan tugas dan peranan kerajaan baru Pakatan Harapan, semalam. - Foto TWITTER DRALIHAMSA -
DARI KUALA LUMPUR: PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memulakan tugasnya secara rasmi semalam mengumumkan pelbagai tindakan yang telah diambilnya, termasuk melantik ketua badan pencegah rasuah yang baru dan mengarahkan Peguam Negara supaya bercuti.
Menyentuh siasatan berhubung penyelewengan wang pelaburan negara menerusi syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pula, Tun Dr Mahathir mendedahkan bahawa kerajaan sedang menyiasatnya dan "secara kasarnya tahu di mana dia (Encik Jho Low) berada".

