Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah bebaskan Setiausaha Agung Umno dari tuduhan

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi semalam daripada tuduhan gagal mengisytiharkan wang RM2 juta ($0.65 juta) diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Ia selepas pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya bersetuju menarik balik kesemua pertuduhan ke atas Datuk Ahmad, selepas beliau membayar kompaun RM1.1 juta.



Sehubungan itu, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh melepas dan membebaskan Datuk Ahmad, Ahli Parlimen Pontian, daripada semua pertuduhan.



Terdahulu, firma yang mewakili Datuk Ahmad, Tetuan Shahrul Hamidi dan Haziq, dalam satu kenyataan, berkata proses penyelesaian itu dibuat mengikut undang-undang melalui proses telus dan teratur.



"Penyelesaian ini bukan pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap anak guam.



"Proses penyelesaian ini tiada kaitan dengan apa-apa faktor politik atau membabitkan mana-mana orang, agensi siasatan dan pendakwaan," katanya.



Berdasarkan pertuduhan pertama, Datuk Ahmad, 55 tahun, didakwa menerima wang RM2 juta daripada Datuk Najib, yang dipercayai sebagai hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu ditunaikan sendiri oleh Datuk Ahmad, pada hari yang sama.



Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 30 April 2014 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim.



Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Bagi pertuduhan kedua, Datuk Ahmad dituduh memberi pernyataan palsu kepada SPRM ketika percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa, Mohd Zairi Zainal, antara 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019, di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, berhubung cek itu.



Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 32(8)c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda kedua-duanya.



Datuk Ahmad disebut sebagai sebahagian 'kelompok mahkamah' - sekumpulan anggota parlimen Umno yang didakwa melakukan rasuah semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH), yang berkuasa setelah mengalahkan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno pada pilihan raya Mei 2018.



Kumpulan ahli parlimen itu termasuk Datuk Najib, yang sedang mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara 12 tahun kerana rasuah yang berkaitan dengan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ketua Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menghadapi puluhan tuduhan rasuah.



Datuk Ahmad merupakan calon jawatan Timbalan Speaker di Parlimen. - BHM, ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >