Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Mahkamah Jenayah Antarabangsa keluarkan waran tangkap ke atas Putin

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Mahkamah Jenayah Antarabangsa keluarkan waran tangkap ke atas Putin

Mar 18, 2023 | 03:35 PM

AMSTERDAM: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkapan ke atas  Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, kerana atas tuduhan melakukan jenayah peperangan iaitu pengusiran sekurang-kurangnya 100 kanak-kanak dari Ukraine.

Tindakan undang-undang yang berani itu mewajibkan 123 negara yang menjadi anggota mahkamah itu untuk menangkap Encik Putin jika beliau memasuki negara masing-masing dan menyusuli itu, menghantarnya ke The Hague untuk menghadiri perbicaraan.

Moscow, yang telah berulang kali menafikan tuduhan tenteranya telah berlaku kejam di Ukraine sejak ia menyerang negara jiran itu, berkata keputusan mahkamah itu tidak sah dan tidak berkuasa.

Russia dan Ukraine, masing-masing bukan anggota ICC, walau Kyiv membenarkan ICC untuk mengambil tindakan ke atas jenayah yang dilakukan di Ukraine.

Mahkamah pengadilan itu tidak memiliki pasukan polis dan bergantung pada negara-negara yang menjadi anggotanya untuk menahan dan menghantar suspek menghadiri perbicaraan di The Hague. 

Justeru, tindakan terkini ICC itu tidak dijangka boleh menyebabkan Encik Putin ditahan dalam masa terdekat, tetapi waran yang dikuatkuasakan itu bermakna Encik Putin boleh ditangkap dan dihantar ke The Hague jika beliau memasuki sebarang negara yang menjadi anggota ICC. – Reuters.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3