Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah kekalkan keputusan batalkan visa Djokovic

Jan 17, 2022 | 05:30 AM



MELBOURNE: Mahkamah Australia mengekalkan keputusan kerajaan untuk membatalkan visa Novak Djokovic semalam, mengakhiri pertarungan sensasi selama 11 hari melibatkan status vaksinasi Covid-19nya dan mematahkan impiannya mencatatkan Grand Slam Ke-21.



Ketua hakim Mahkamah Persekutuan Australia, James Allsop, mengetepikan percubaan bintang tenis yang belum divaksinasi itu untuk mengembalikan visanya yang telah dibatalkan.



"Perintah mahkamah ialah permohonan yang dipinda itu ditolak dengan kos," kata Allsop dalam mengumumkan keputusan sebulat suara itu pada malam perlawanan pertama kejohanan Terbuka Australia.



Juara berusia 34 tahun itu dijadualkan bermain dalam perlawanan pada malam hari pertama kejohanan itu.



Sekiranya beliau mengekalkan kejuaraannya, beliau akan menjadi pemain tenis lelaki yang pertama dalam sejarah untuk memenangi 21 Grand Slam.



Sebaliknya, atlet yang secara terbuka menolak vaksin Covid-19 itu kini akan ditahan sementara menanti penerbangan keluar Australia.



Pengecualian perubatan yang membenarkan bintang tenis nombor satu dunia Serbia itu memasuki negara tersebut tanpa divaksinasi telah mencetuskan kemarahan di Australia, dan menjadi satu isu politik bagi Perdana Menteri Scott Morrison, yang perlu mengadakan pilihan raya persekutuan sebelum Mei.



Tiga hakim Mahkamah Persekutuan telah selama separuh hari mendengar hujahan mengenai kehadiran Djokovic yang berisiko menimbulkan sentimen anti-vaksinasi di tengah-tengah penularan Covid-19 terburuk di Australia sejak pandemik itu bermula.



Menteri Imigresen, Encik Alex Hawke, berkata pendirian Djokovic boleh mencetuskan sentimen anti-vaksin, dan menyebabkan sesetengah orang melalui pandemik ini tanpa vaksinasi dan memberi inspirasi kepada aktivis anti-vaksin untuk melakukan bantahan dan perhimpunan. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >