SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini, hari ini, memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
Koroner Rofiah Mohamad ketika membacakan keputusan itu berkata, keterangan saksi ke-29, Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, bahawa mangsa dihentak dan diseret keluar dari van bomba pada masa kejadian, boleh diterima serta ada asas, selain ia disokong saksi ke-30 yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Amir Radzi Ab Ghani.
Beliau berkata, pihaknya turut menolak teori dikeluarkan saksi ke-24, Pakar Forensik Patologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, yang menyatakan Muhammad Adib keluar sendiri dari van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dilanggar.
Katanya, keterangan saksi di tempat kejadian juga menunjukkan terdapat perbuatan memukul di mana ia membabitkan kira-kira 20 hingga 30 lelaki. Rofiah turut merumuskan kegagalan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam mengawal keadaan rusuhan itu menyumbang kepada kematian Muhammad Adib, menurut laporan Berita Harian Malaysia.
Berikutan itu, beliau menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk melakukan siasatan dan pendakwaan. Peguam Syazlin Mansor yang mewakili keluarga Muhammad Adib, menangis sejurus Rofiah selesai membacakan keputusan mahkamah itu. Syazlin kemudian dilihat ditenangkan oleh suaminya dan beberapa peguam lain selepas prosiding tamat.
Prosiding yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi tadi selesai pada jam 10.15 pagi. Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar serta bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.
Sementara itu, tunang Allahyarham, Nurul Najihah Mohd Radzi, 26, bersyukur dengan keputusan mahkamah berkenaan. “Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan keputusan,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas prosiding.
Pada musim panas ini, taman air Adventure Cove Waterpark di Resorts World Sentosa akan menganjurkan festival buih taman air terbesar di Singapura, Bubble Fiesta, bagi mengatasi cuaca panas terik.
Buih
Syarikat penerbangan tambang murah, Scoot, memulakan operasi pesawat terbarunya, Embraer E190-E2, dengan penerbangan ke Krabi dan Hat Yai, kedua-duanya di Thailand, pada 7 Mei.
Scoot merancang
Apabila mencipta lagu buat diri sendiri, penerbit, penggubah lagu dan ‘rapper’, Alyph, akur dirinya lebih emosi malahan sensitif dalam menyajikan sesuatu yang sangat peribadi dalam kehidupannya.
Juster
Sambutan Hari Raya sebulan di Singapura dengan bermacam sajian seni di kelab masyarakat, muzium dan pelbagai ruang awam bakal dilabuhkan tirainya pada 11 dan 12 Mei.
Dalam kesibukan kita kunjung
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho
Pendidik, penggiat dan pengkaji seni, Zarina Muhammad, terasa bagaikan ingin mengadakan sesi rumah terbuka berskala besar sempena musim Lebaran yang bakal dilabuhkan tirainya.
Semangat gotong-royong
Jadikan masa bersama keluarga anda lebih bermanfaat dan menyeronokkan dengan kegiatan berikut.
Hari Bumi adalah acara tahunan yang berlangsung pada 22 April bagi menunjukkan sokongan terhadap
Dapur tak harus berasap pada Hari Ibu… kalau pun berasap, soal urusan masak-memasak harus diambil alih anak-anak.
Namun jika anda mahu meraikan ibu dengan membawa mereka menjamu selera di luar rumah
Besar cabaran menjadi seorang ibu, namun ia juga satu pengalaman yang paling bermakna.
Membesarkan anak-anak, menyaksikan kerenah dan belai manja mereka, adalah nikmat yang luar biasa, terutama jika

Nurul Najihah yang berbaju kurung berwarna biru ditemani seorang wanita yang enggan dikenali. Mereka berdua kemudian berlalu pergi ke kereta meninggalkan petugas media yang cuba bertanyakan beberapa lagi soalan lain.
Terdahulu, beliau yang tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi, masuk ke galeri awam mahkamah bersama Syazlin.