Topik diikuti
Pergi ke BHkuMahkamah Korea Selatan kekal keputusan singkir Presiden Park
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Mar 11, 2017 | 5:30 AM
SEOUL: Presiden Korea Selatan Park Geun-hye dipecat semalam selepas mahkamah tertinggi negara itu mengekalkan keputusan Parlimen yang menyingkir beliau berhubung pelbagai skandal rasuah.
Tindakan Cik Park "secara serius menjejaskan semangat demokrasi serta keluhuran undang-undang", kata Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Encik Lee Jung-Mi.
