PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan Malaysia semalam membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.
Ia bagi membolehkan bekas perdana menteri itu melawat anak perempuannya, Cik Nooryana Najwa, yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November ini.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said membenarkan permohonan pelepasan pasport berkenaan dan ia tidak dibantah pihak pendakwaan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).
Datuk Kamaluddin berkata mahkamah membenarkan permohonan itu selepas mendapati terdapat alasan yang munasabah.
Terdahulu, peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Najib memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya hanya akan memulakan perjalanan ke Singapura pada 3 November ini selepas menghadiri pembentangan Belanjawan 2022.
Beliau berkata Datuk Najib akan menjalani perintah kuarantin di Singapura selama 10 hari dan akan bertemu anak perempuannya pada 14 November ini.
Dalam permohonan dan afidavit sokongan difailkannya, Datuk Najib berkata beliau bukan boleh dianggap sebagai berisiko untuk melarikan diri kerana keluarga dan kerjayanya serta harta semuanya berada di negara itu.
Kecoh betul media sosial baru-baru ini, hanya untuk menentukan siapa layak bergelar Biduanita Negara selepas Datuk Sharifah Aini dan Puan Sri Saloma.
Ada warganet yang menyatakan usah dipertikai
Terang bulan, martabak manis, apam balik.
Semuanya merujuk kepada kuih yang sama, hanya namanya berlainan di kawasan berbeza.
Mereka yang mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya ini lazimnya perlu merancang dan memikirkan hidangan yang sesuai.
Berikut antara idea untuk majlis anda, sesuai untuk minggu ketiga Raya dan
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan isteri Datuk Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau ke Singapura atas sebab yang sama.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan itu dengan menetapkan syarat pasport perlu dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember 2021.