Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Pakistan arah Imran Khan dibebas dengan ikat jamin: Peguam

May 13, 2023 | 12:48 PM




ISLAMABAD: Sebuah mahkamah Pakistan mengarahkan bekas perdana menteri, Encik Imran Khan, dibebas dengan ikat jamin selama dua minggu, kata peguamnya pada Jumaat, menyusuli satu penahanan yang menimbulkan pergolakan di negara itu.



Encik Khan tiba di sebalik langkah keselamatan yang ketat di Islamabad pada Jumaat, sedang para penyokongnya bertempur dengan polis di lain-lain tempat ibu kota tersebut, menurut laporan penyiar Geo TV.



“Mereka tiada sebab untuk menahan saya.



“Saya telah diculik.Seolah-olah ia satu undang-undang hutan,” kata Encik Khan kepada agensi berita The Independent di Mahkamah Tinggi Islamabad.





Encik Khan, 70 tahun, merupakan bekas pemain kriket antarabangsa sebelum menyertai arena politik.



Beliau dihadapkan ke mahkamah bagi satu perbicaraan mengenai petisyennya yang mencabar tindakan anti-rasuah terhadapnya, atas arahan mahkamah tertinggi.



Penahanannya menimbulkan ketidakstabilan di negara dengan 220 juta penduduk itu di tengah-tengah krisis ekonomi yang serius, dengan inflasi mencapai rekod tinggi serta pembiayaan dana yang tertangguh daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pergolakan berhubung Encik Khan dengan pihak tentera yang memuncak.



Hampir 2,000 orang telah diberkas di atas keganasan sejak Khan ditahan pada Selasa dan sekurang-kurangnya lapan orang telah terbunuh.



Pergolakan itu mendorong pemerintah untuk mengarahkan pihak tentera untuk bantu memulihkan keadaan.



Pihak tentera telah menasihatkan penyokong Encik Khan bahawa ia akan memberikan respons secara pantas sekiranya terdapat serangan lanjutan ke atas aset-asetnya.



Pada Rabu, ia menyatakan bahawa keganasan ke atas asetnya telah dirancangkan terlebih dahulu dan diarahkan kepimpinan parti tersebut. – Agensi berita.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >