SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati terhadap pembunuh Datuk Sosilawati

Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati terhadap pembunuh Datuk Sosilawati

Dec 4, 2015 | 11:12 AM

Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati terhadap pembunuh Datuk Sosilawati

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit dan menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas peguam dan tiga pekerja ladang atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, lima tahun lalu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Aziah Ali, sebulat suara menolak rayuan bekas peguam N Pathmanabhan, 45 tahun; pekerja ladang, T Thilaiyalagan, 23 tahun; R Matan, 24 tahun; dan R Kathavarayan, 35 tahun, dan bersetuju dengan Mahkamah Tinggi bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh.

Dalam keputusannya, mahkamah memutuskan bahawa sabitan terhadap semua tertuduh adalah selamat. Pathmanabhan, 45 tahun, dan pekerja ladang Thilaiyalagan, 23 tahun; Matan, 24 tahun; dan Kathavarayan, 35 tahun, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka kerana membunuh Datuk Sosilawati, 47 tahun; pegawai bank, Encik Noorhisham Mohamad, 38 tahun; peguam, Encik Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 tahun; dan, pemandu Datuk Sosilawati, Encik Kamaruddin Shamsuddin, 44 tahun.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010. - BHM

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg